Sejarah operasi Dassault_Rafale

Perancis

Pesawat Rafale sedang mendarat di kapal pengangkut pesawat.

Pesawat Rafale yang sedang berkhidmat sebagai pesawat percubaan dan latihan bersama Tentera Udara Perancis (CEAM/EC 5/330) dan EC 1/7 di Saint-Dizier dijangka akan menerima 8–10 buah pesawat Rafale taraf F2 dalam musim panas 2006. Ia akan mencapai taraf perkhidmatan operasi penuh (dengan keupayaan serangan udara-ke-udara dan dan udara-ke-darat yang jitu) pada pertengahan-2007 (EC 1/7 akan memiliki 20 buah pesawat, dengan kekuatan 15 buah pesawat 2 tempat duduk dan 5 buah pesawat 1 tempat duduk). Pesawat ini telah berada perkhidmatan terhad bersama Tentera Laut Perancis (Flotille 12F) berperanan sebagai pesawat pejuang udara-ke-udara, telah menjalankan tugasnya dengan baik semasa penilaian untuk serangan udara-ke-darat.

Atur gerak pertama pesawat Rafale di dalam zon pertempuran di mana penglibatan Tentera Laut Perancis semasa Operasi Héraclès, iaitu penglibatan tentera Perancis dalam Operasi Keamanan Kekal. Pesawat ini diterbangkan dari pesawat pengangkut pesawat Charles de Gaulle di Afghanistan seawal tahun 2002, tetapi taraf F1 dihalang daripada melaksanakan misi udara-ke-darat dan ini bermakna tiada aksi daripada pesawat Rafale.

Pada 2007, peningkatan daripada "program kilat" 6 buah pesawat Rafale diberi keupayaan untuk menggugurkan bom panduan laser, untuk kegunaan di Afghanistan. 3 buah daripada pesawat ini ditugaskan ke Tentera Udara Perancis dan telah diatur gerak ke Dushanbe di Tajikistan. Sementara itu, 3 buah pesawat lagi iaitu Rafale Marine ditugaskan di atas kapal pengangkut pesawat Charles De Gaulle.[7] Misi pertama pesawat dilakukan pada 12 Mac 2007, dan bom GBU-12 pertama dilancarkan pada 28 Mac 2007 untuk membantu pertempuran pasukan Belanda di Selatan Afghanistan, menandakan kemunculan pertama pesawat Rafale.[8] Walau bagaimanapun, pesawat ini terpaksa bergantung kepada pesawat Mirage 2000D dan Super Entendard yang membawa pod sasaran laser untuk menanda sasaran.[9]

Pada 6 Disember 2007, pesawat 2 tempat duduk Tentera Udara Perancis yang dipandu oleh seorang juruterbang yang melakukan penerbangan latihan di pangkalan Saint-Dizier, terhempas di kawasan tak berpenghuni di daerah Neuvic, Correze dan menyebabkan kematian juruterbangnya. Ini adalah kemalangan pertama yang melibatkan kehilangan pesawat Rafale. Pada 10 Januari 2008, Menteri Pertahanan Hervé Morin mengeluarkan kenyataan di radio RTL (sebuah stesyen radio di Perancis), menyebut kemalangan adalah disebabkan oleh "disorientasi juruterbang".[10]

Eksport

Sehingga kini tiada sebarang export dilakukan. Negara-negara yang berminat untuk membeli pesawat Rafale termasuk India,[11] yang sedang mencari lebih 126 buah pesawat pejuang dan penyerang pelbagai fungsi (MRCA). Pesawat Rafale telah disenarai pendek dalam persaingan MRCA bersama-sama MiG-35, F-16 Fighting Falcon, F/A-18 Hornet, JAS 39 Gripen dan Eurofighter Typhoon.[12]

Pada Januari 2006, suratkhabar Perancis Journal du Dimanche melaporkan bahawa Libya mahu memesan 13–18 buah pesawat Rafale "dalam perjanjian yang bernilai hampir AS$3.24 bilion".[13] Pada Disember 2007, Saif al-Islam Gaddafi secara terbuka mengaku keinginan Libya terhadap pesawat Rafale[14]

Pada Februari 2007, Switzerland dilaporkan meneliti pesawat Rafale di antara calon-calon untuk menggantikan pesawat F-5 Tiger II. (Le Temps, 13 Februari 2007)

Pada September 2007, La Tribune melaporkan kegagalan usaha untuk menjual pesawat kepada Maghribi, calon yang berjaya adalah Lockheed Martin F-16.[15] Pada Oktober 2007, La Tribune's mengesahkan laporan awalnya yang menyatakan Maghribi tidak akan membeli pesawat Rafale.[16]

Pada Januari 2008, O Estado de São Paulo melaporkan Menteri Pertahanan Brazil telah melawat Perancis untuk berbincang mengenai kemungkinan membeli pesawat Rafale untuk program FX-2.[17]

Rujukan

WikiPedia: Dassault_Rafale http://www.estadao.com.br/nacional/not_nac115010,0... http://www.airforce-technology.com/projects/rafale... http://www.airtoaircombat.com/detail.asp?id=4 http://www.dassault-aviation.com/en/defense/rafale... http://www.dassault-aviation.com/en/defense/rafale... http://www.dassault-aviation.com/en/defense/rafale... http://www.dassault-aviation.com/fileadmin/user_up... http://www.dassault-aviation.com/fileadmin/user_up... http://www.dassault-aviation.com/wp-content/blogs.... http://www.dassault-aviation.com/wp-content/blogs....